Pelakon Julia Ziegler selamat melahirkan bayi perempuan pada 14 Januari lalu.

Bayi seberat 3.4 kilogram (kg) itu dilahirkan pada jam 11 malam. Julia melahirkan rasa syukur dia atas kurniaan rezeki tersebut.

“Alhamdulilah, our baby girl (3.4kg) was safely delivered at 11pm on 14.1.19.

“You r a blessing , a gift from heaven.

“Syukur alhamdulillah,” tulisnya.

Julia berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, dia turut memuat naik foto bayinya yang menunjukkan sebahagian sahaja wajahnya.

Julia mendirikan rumah tangga bersama seorang jurutera mekanikal bernama Johan pada 1 Januari 2017.

Advertisements