Menurut pelakon drama Impak Maksima The Series ini, dia tidak dapat berkongsi secara terperinci mengenai berita perceraiannya itu.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing,” katanya.

“Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun.

“Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang,” katanya.

Jue berkahwin dengan Bayu, pada 9 Mac 2014.

Namun, perkahwinan selama empat tahun setengah itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, mereka memiliki anak angkat Darwish Naufal, 5.

Advertisements