Aktivis transgender Khartini Slamah berkata komuniti mak nyah bangga dengan kejayaan Nur Sajat dalam bidang perniagaan.

Khartini berkata komuniti mak nyah melihat Nur Sajat sebagai contoh usahawan berjaya yang boleh dibanggakan.

“Isu Sajat sebenarnya, komuniti mak nyah lihat Sajat, kami bangga.

“Sekurang-kurangnya di kalangan komuniti ada yang berjaya hingga ke tahap itu, itu yang kita tengok,” katanya.

Mengulas kontroversi isu jantina jutawan kosmetik Nur Sajat, Khartini berkata tanggapan masyarakat banyak dipengaruhi laporan negatif tentang mereka – dan antara yang sering diperlihatkan adalah dakwaan penglibatan dalam dunia pelacuran.

“Ada ramai mak nyah yang berjaya dalam bidang lain, misalnya mak andam. Mereka mengaku siapa diri mereka, dan mereka berjaya.

“Tapi bagi saya, janganlah kita persoal hal-hal dalam kain (orang lain),” katanya lagi.

Sajat nama yang tidak asing dengan kontroversi jantina. Beliau baru-baru ini menyanggah laporan yang mengatakan nama asalnya bermula dengan “Muhammad”.

Laporan portal mstar sebelum ini melaporkan Sajat mengakui kepada Jakim beliau adalah khunsa iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin.

Advertisements