Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Hiburan

Ebby Yus bakal terima buah pinggang baharu

KUALA LUMPUR: Seorang individu bernama Syed bersedia menyerahkan buah pinggang miliknya kepada pelakon dan pelawak veteran, Ebby Yus.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 54, berkata maklumat itu diterima beliau daripada kenalan melalui komen di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Dia yang bersyukur dengan hasrat baik lelaki itu bagaimanapun ingin bertemu lelaki berkenaan sebelum bersedia menerima pengorbanan insan itu.

“Saya amat bersyukur ada seorang insan yang tidak pernah saya kenali bersedia melakukan pengorbanan sebesar itu demi membantu saya.

“Walau bagaimanapun saya tidak boleh sewenang-wenangnya menerima bantuan itu. Saya berharap untuk bertemu dengan lelaki berkenaan dan mengenalinya terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Baru di sini hari ini.

Terdahulu, Ebby menerima kunjungan Pemangku Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Shakib Ahmad Shakir dan Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.

Ebby yang kini berdepan masalah jantung, buah pinggang, usus dan prostat telah menyebabkan kerjaya seninya terbatas.

Walaupun berada dalam keadaan tidak sihat, Ebby masih aktif dengan menerima tawaran muncul di program bual bicara dan sitkom komedi.

Berikutan keadaan kesihatannya yang beransur baik, Ebby menerima tajaan seorang kenalan rapat menaja untuk menunaikan umrah pada 28 Januari ini.

“Saya sedar dengan keadaan kesihatan agak terbatas. Tetapi saya tidak boleh melepaskan peluang seruan daripada Allah. Saya serahkan semua kepada Tuhan,” ujarnya. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: