CAMERON HIGHLANDS: Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor, mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran (8,800 undi) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Beliau memperoleh majoriti 3,238 undi berikutan 68.79 peratus daripada 31,639 pengundi keseluruhan, atau 21,428 orang keluar mengundi, dengan 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan.

Keputusan rasmi itu dipaparkan di skrin layar pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di sini

Advertisements