Petroliam Nasional Berhad (Petronas) hari ini melancarkan filem web terbarunya dan iklan televisyen bertajuk “Heart” sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Heart” ‘ membawa maksud ucapan tradisi Tahun Baru Cina “Xin Nian Kuai Le” dengan perkataan ‘Xin’ bermakna ‘hati”.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Zahariah Abdul Rahman berkata Petronas teruja untuk memperkenalkan tema sabutan 2019 ‘restu’ atau #anugerahkita.

“Melalui filem web Tahun Baharu Cina ini, kami akan berkongsi keindahan mengabadikan detik-detik manis dalam kehidupan harian yang boleh merapatkan lagi hubungan kita,” kata beliau pada majlis pelancaran di Pusat Membeli-belah OneUtama di Kuala Lumpur hari ini.

Filem web itu berkisar mengenai Lyann, seorang wanita yang mementingkan kerjaya dan ibunya yang sudah tua. Komitmen Lyann untuk bekerja meletakkan dirinya berada dalam situasi yang mencabar ketika dia membuat persediaan untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama ibunya.

Filem web berdurasi empat minit dan 17 saat itu boleh ditonton menerusi laman rasmi Facebook Petronas dan saluran Youtube sementara versi iklan selama 60 saat akan disiarkan dari 26 Jan hingga 19Feb.

Advertisements