Nahas berlaku di kilometer 248.3 Lebuh Raya Pantai Timur 1 kira-kira jam 7.05 pagi Isnin.

Susulan kejadian itu, mangsa Mohammad Hanif Abu Bakar, 28 tahun maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian, mangsa yang menungang motosikal jenis Honda EX5 sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai terbabas selepas melanggar objek berkenaan menyebabkan mangsa terseret beberapa meter bersama motosikalnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Advertisements