Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Luar Negara

Washington bakal benarkan mayat manusia jadi ‘baja kompos’

OLYMPIA, Washington: Negeri Washington di Amerika Syarikat akan membenarkan penduduknya mengubah mayat ahli keluarga sebagai baja kompos manusia untuk menanam pokok.

Satu rang undang-undang kini menunggu kelulusan dewan perundangan negeri itu pada bulan hadapan untuk memenuhi cita-cita sesetengah penduduk negeri itu ‘menjadi pokok’ dengan mengubah mayat manusia kepada baja organik.

Jika diluluskan Washington akan menjadi negeri pertama di dunia menjadikan mayat sebagai baja kompos.

Proses dikenali sebagai ‘kompos semula’ itu memberi alternatif berbanding disemadi dalam keranda biasa selepas seseorang meninggal malah dikatakan lebih menjimatkan dan mesra alam.

Antara kaedah ‘kompos semula’ dicadangkan adalah dengan meletakkan mayat dalam sebuah bekas tekanan tinggi bersama air dan bahan beralkali yang akan menukar badan manusia menjadi baja dan boleh ditanam terus di bawah sebatang pokok.

Idea pelik itu timbul disebabkan pengebumian biasa di Barat banyak menyuntik bahan kimia ke dalam mayat yang akhirnya menyerap masuk ke dalam tanah manakala kaedah membakar mayat pula melepaskan banyak gas karbon dioksida. – Agensi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: