Kumpulan Gamuda hari ini telah mengumumkan pemberian diskaun tol bagi kesemua pengguna bagi Lebuhraya Shah Alam (LSA), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya SMART.

Pemberian diskaun ini akan diberikan kepada pengguna LSA, LDP dan SMART bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 5 februari 2019, selasa ini. 

Bagi pengguna Lebuhraya Shah Alam (LSA), pengguna bakal menikmati diskaun sebanyak 20 sen, manakala diskaun 70sen bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Diskaun adalah bagi pengguna kenderaan kelas 1 sahaja.

Bagi pengguna Lebuhraya SMART pula, diskaun sebanyak 10% diberikan bagi kenderaan kelas 1 dan 4 sahaja.

 

Pengumuman itu dibuat oleh Mr. Stephen Low Chee Weng, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Litrak.

Menurut beliau lagi, ianya adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban pengguna lebuhraya, khususnya semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Dianggarkan pada Tahun Baru Cina 2019 ini, kira-kira sejumlah RM 222,000 tol subsidi akan diberikan kepada pengguna ketiga-tiga lebuhraya ini.

 

Pengumuman dibuat selepas program amal Tahun Baru Cina 2019 bersama 57 orang kanak-kanak kurang bernasib baik daripada Rumqh Charis dan Rumah Victory, Kuala Lumpur. Mereka dibawa menonton wayang di pawagam Golden Screen Cinema (GSC), pusat membeli belah Mytown serta menerima beg cenderamata dan ang pow.