SEBUTIR bom tangan dipercayai tinggalan Perang Dunia Pertama (WW1) ditemui dalam bungkusan kentang yang diimport dari Perancis ke Hong Kong.

Menurut polis, bom tersebut, berukuran 8 sentimeter, berada dalam keadaan tidak stabil namun telah berjaya di musnahkan di kilang kerepek Calbee, wilayah Sai Kung pada Sabtu.

Bom tersebut dipercayai telah digali secara tidak sengaja bersama kentang yang ditanam di sebuah ladang di Perancis sebelum dieksport.

“Bom tangan tersebut mungkin ditinggalkan oleh anggota tentera semasa perang atau dicampak ke situ,” kata sejarawan perang Dave Macri kepada South China Morning Post.

Tahun lepas, ribuan penduduk Hong Kong dipindahkan semasa pihak polis memusnahkan bom tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di tapak pembinaan.

Advertisements