Bersempena tahun Baru Cina 2019 yang semakin hampir, sudah pasti anda tercari-cari idea tempat makan untuk dinikmati seisi keluarga. Kali ini, kami bawa anda ke Tony Roma’s untuk merasai hidangan Tahun Baru Cina Fortune Feast 2019 yang menghidangkan pelbagai menu menarik yang pasti membuka selera anda. 

 

Promosi Fortune Feast menawarkan dua hidangan BBQ termasuk Reunion Meal yang terdiri daripada lembaran penuh Lamb-gulung yang dipanggang dengan api dengan separuh BBQ ayam dan semangkuk Kickin’ Shrimp. Satu lagi Buddy Meal yang terdiri daripada dua bahu kambing bakar yang dipanggang dengan separuh ayam BBQ. Kedua-dua set ini akan datang dengan empat hidangan sampingan yang melengkapi semuanya.

 

 

Raikan tradisi menggaul Yee Sang special di semua restoran Tony Roma’s seluruh Malaysia. Mengikut tradisi kepercayaan masyarakat Teong Hua, menggaul Yee Sang ini mengalu-alukan nasib baik, kemakmuran, kesihatan dan semua perkara yang bertuah dan semakin tinggi korang menggaulnya, semakin banyak nasib baik!

Perayaan tahun Ini di Tony Roma’s menawarkan anda dan orang tersayang untuk menggaul Yee Sang di restoran dengan Ong Lai Salad sendiri yang merupakan sebahagian daripada menu ‘Fortune Feast’. Anda boleh pilih antara dua set iaitu Prosperity Salad with Grilled Salmon atau Wealthy Salad with Baby Octopus. Setiap salad datang dengan campuran salad segar dan kena gaulkan dengan sos Sweet Onions Vinaigrette.

 

 

Ini masanya untuk bersama dengan keluarga dan insan tersayang pada musim perayaan dengan makanan yang enak. Tidak perlu takut untuk  masuk Tony Roma’s kerana harga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan kualiti makanan. Selain itu, saiz makanananya yang besar juga pasti membuatkan anda puas hati. 

Promosi dan tawaran lain layari : 
Advertisements