KUALA LUMPUR: “Bukan untuk mencari kemenangan semata-mata, tetapi ia demi anak-anak Semenyih.”

Itu kata Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng yang mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih Mac ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berjanji akan melaksanakan beberapa inisiatif sama seperti yang telah dilaksanakannya di kawasan Puchong ketika ini sekiranya dipilih pengundi Semenyih.

Ini ekoran kawasan itu yang terletak agak jauh dari Hospital Kajang.

Katanya, Semenyih juga tidak mempunyai perkhidmatan bas yang terus dari kawasan kampung ke hospital.

Chee heng berkata aku janji di PRK Semenyih akan dibuatnya secara bersumpah sebagai tanda kerjasama sebagai calon Bebas dan akan menunaikannya jika dipilih sebagai pemenang.

Bagaimanapun, menurutnya, manifesto tidak akan diberikannya ketika berkempen kerana ia hanya satu janji yang tidak boleh dikuatkuasakan pengundi di mahkamah.

Advertisements