HULU LANGAT: Calon baharu bagi menggantikan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya lagi, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum keputusan itu dapat dibuat.

Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan pimpinan Bersatu Hulu Langat, sebagai langkah persiapan menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Media sebelum ini melaporkan kontrak perkhidmatan Mohamad Fuzi Harun dan Noor Rashid bakal tamat pada Mei ini.

Advertisements