Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 terdapat ruang untuk tujuan itu dengan syarat ia perlu mendapat kebenaran dahulu.

Beliau berkata, namun pokok ini tidak boleh ditanam sesuka hati sebaliknya perlu dikawal sebaiknya supaya tidak disalahgunakan untuk tujuan lain.

“Sebelum ini saya ada terbaca mengenai rakyat Malaysia yang berjaya menghasilkan minyak ganja,  jadi saya rasa sayang, kalau benda ini betul. Sebab itu, penting untuk mendapat kelulusan Menteri Kesihatan terlebih dahulu sebelum ia boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media  selepas majlis Apresiasi AADK Pahang bersama Rakan Pintar dan Rakan Strategik di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di sini, malam tadi.

Zulkifli berkata, sekiranya benar ganja boleh digunakan sebagai ubat, Kementerian Kesihatan perlu mengesahkan memandangkan mereka mempunyai pihak yang mempunyai kuasa.

Advertisements