Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Lelaki 150kg terpaksa diangkat bomba ke hospital

IPOH: Seorang lelaki obesiti yang mempunyai berat badan kira-kira 150 kilogram terpaksa mendapatkan bantuan daripada sekumpulan anggota Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada pukul 4 petang untuk mendapatkan bantuan mengangkat mangsa yang mengalami sakit kaki.  

“Empat anggota menggunakan kudrat tenaga mengangkat kerusi roda yang dinaiki mangsa berusia 43 tahun yang mempunyai berat anggaran 150 kilogram itu ke atas lori berkenaan,” katanya.

Tambah Mohamad Fadzeli, mangsa yang mempunyai sakit kaki yang lama itu terpaksa dibawa menggunakan lori disebabkan badannya yang besar itu tidak dapat dibawa masuk ke dalam ambulans pihak hospital. 

“Anggota kemudian membawa mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak hospital. 

“Proses mengangkat dan menghantar mangsa ke hospital memakan masa selama 15 minit,” katanya. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: