Menurut PU Azman, dia akui bahenol juga mempunyai maksud positif iaitu bersemangat dan bertubuh gempal.

“Saya mohon maaf kerana kurang teliti dengan maksud Bahenol kerana ia juga membawa maksud positif seperti bersemangat dan bertubuh gempal.

“Jadi saya mohon maaf jika teman dari Indonesia terasa dan menganggap ia sebagai isu sentimen.

“Kesimpulannya sesuatu perkataan itu ia akan membawa maksud berlainan bergantung pada sesebuah ayat dan sesuatu bangsa,” jelasnya.

PU Azman menjelaskan isu tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, PU Azman mendedahkan Bahenol dalam lagu siri animasi kanak-kanak dari Indonesia, Si Nopal yang cukup popular dalam kalangan netizen di negara ini membawa maksud yang tidak baik.

Si Nopal merupakan animasi yang dimuat naik ke laman web Ciayo Comics sejak Mei 2017.

Ia mula mendapat perhatian di negara ini selepas penyanyi, Wany Hasrita menyanyikan lagu ‘Berkemah Bersama Si Nopal’, atas permintaan peminat di Instagram.

https://www.instagram.com/p/BtyYgc4BTUX/embed/captioned/?cr=1&v=10&wp=652&rd=http%3A%2F%2Fwww.astroawani.com&rp=%2Fberita-hiburan%2Fpenjelasan-maksud-bahenol-dianggap-isu-sentimen-pu-azman-mohon-maaf-198394#%7B%22ci%22%3A0%2C%22os%22%3A3510.100000014063%7D

Advertisements