Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Wakil Malaysia berangkat temui 47 rakyat ditahan di Kemboja

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien bersama sekumpulan wakil media dan wakil keluarga berlepas ke Kemboja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pagi ini bagi melawat 47 rakyat Malaysia yang ditahan di negara itu sejak 11 Disember lepas.

Wei Shien berkata, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap pada 8 pagi waktu tempatan nanti, rombongan yang turut disertai seorang pegawai perubatan akan menempuh perjalanan darat selama 2 jam menuju ke penjara yang terletak di bandar Poi Pet.

“Saya dimaklumkan wakil kedutaan akan membantu rombongan untuk mendapatkan pelepasan daripada pihak Penjara Provinsi Banteay Meanchey bagi melawat kesemua 47 tahanan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengenai perancangan lawatan dua hari satu malam itu, Wei Shien berkata, beliau akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat kes yang dihadapi belia-belia berusia 18 hingga 21 tahun itu.

“Saya ingin melihat sendiri keadaan mereka dan mendapatkan gambaran jelas terhadap situasi yang dihadapi kesemua mangsa.

Kehadiran saya ke penjara bagi membantu anggota keluarga mendapatkan maklumat dengan segera tentang keadaan anak-anak yang mereka syaki dianiaya sindiket,” katanya. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: