GEORGETOWN: Seorang penumpang feri di Pulau Pinang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Feri Pulau Undan kira-kira pukul 9.20 pagi Jumaat.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan, mangsa dipercayai terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut Terminal Feri Butterworth.

Operasi mencari dan menyelamat sudah dimulakan bermula pukul 9.50 pagi.

Setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti.

Advertisements