Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Sultan Johor Murka

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Menteri yang dikatakan memberi ceramah dalam sebuah masjid di Johor Bahru, semalam.

Baginda bertitah mengingatkan bahawa telah menjadi peraturan bagi semua masjid dalam negeri Johor tidak membenarkan sesiapa berceramah terutama dalam masjid atau kawasan sekitarnya kecuali telah mendapat tauliah dan kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pemimpin politik berkenaan yang juga seorang Ahli Parlimen supaya dengan segera mengadap Baginda serta memohon maaf secara bersurat serta tidak mengulangi lagi kesilapan itu.

“Semua masjid di negeri Johor adalah kawasan larangan untuk sebarang unsur politik sejak dahulu lagi. Ini merupakan tradisi negeri Johor.

“Ia adalah tempat beribadah dan menyatukan ummah. Sebarang unsur politik yang dibawa hanya akan memecahbelahkan jemaah, menjejaskan kesucian masjid serta keharmonian masyarakat,” titah Sultan Johor yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi Baginda, di sini hari ini. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: