Suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Taman Cheras, Jalan Cheras di Kuala Lumpur, oleh sepasukan anggota polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memaklumkan suspek akan ditahan reman pagi esok.

Mazlan dipetik sebagai berkata, pihaknya sudah mendapatkan beberapa maklumat lelaki berkenaan dan kini dalam usaha memburunya.

Khamis lalu, mangsa berusia 48 tahun itu dikatakan berada dalam lif berkenaan bersama suspek sebelum dibelasah dan disamun lelaki itu.

Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di dahi dan badan serta dirawat di sebuah hospital.

Advertisements