Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Politik

Kes Zahid didengar di Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi akan didengar di Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pasukan pembelaan yang ketuai Hisyam Teh Poh Teik untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, tarikh pengurusan kes akan ditetapkan kemudian.

Semalam, Ahli Parlimen Bagan Datuk didakwa buat kali ke tiga di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan baharu melibatkan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.

Sementara itu, pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lalu, Zahid mengaku tidak bersalah atas 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Dengan perkembangan itu, secara keseluruhan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: