Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Gaya Hidup

Masuk Mossy Forest kena bayar mulai 1 Mac

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan mengenakan bayaran fi masuk ke Mossy Forest, Cameron Highlands bermula 1 Mac ini.

Sebelum ini tiada bayaran masuk yang dikenakan kepada pengunjung Mossy Forest yang terletak pada ketinggian kira-kira 2,031 meter dari aras laut itu. 

Pengarah JPNP, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, bayaran tersebut dikenakan bagi pengunjung yang memasuki Mossy Forest hingga ke penghujung laluan boardwalk sahaja. 

“Bagi warganegara, bayaran masuk untuk pengunjung dewasa adalah RM10 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas hanya RM5. 

“Bayaran masuk untuk bukan warganegara pula adalah RM30 bagi pengunjung dewasa dan warga emas manakala RM15 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada semua pengunjung Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka perlu membawa kad sebagai pengesahan. 

“Bagi pengunjung yang ingin mendaki Gunung Irau melalui Mossy Forest, mereka perlu membuat permohonan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal dan membayar fi masuk,” ujarnya. 

Beliau memberitahu, bayaran fi masuk itu dikenakan bagi menampung kos penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihaknya. 

“Kita ada lima lagi Taman Eko Rimba di bawah seliaan JPNP yang turut akan dikenakan caj masuk selepas ini,” jelasnya. 

Mossy Forest atau dikenali bukit berlumut merupakan salah satu destinasi yang semakin popular bagi menggemar aktiviti mendaki kerana laluannya agak mencabar dan pemandangannya cantik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: