Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Kertas siasatan laporan bedah siasat CEO Cradle fund sampai kepada Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengemukakan kertas siasatan berhubung laporan bedah siasat kedua ke atas jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan kepada timbalan pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah menyerahkan laporan siasatan lengkap berhubung kes berkenaan pada 22 Februari lalu.

“Setakat ini juga masih belum ada sebarang tangkapan yang dilakukan kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian namun jika terdapat sebarang arahan kita akan akur,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Ke -63 dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Markas FRU di sini hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober telah membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kematiannya itu.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun tahun lalu yang pada mulanya dilaporkan berpunca daripada letupan telefon bimbitnya.

Pihak polis kemudiannya mengklasifikasikan semula kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 Ogos tahun lalu selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: