Secara rasminya vivo telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu vivo V15 Pro untuk pasaran tempatan dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Sunway Pyramid Mall, hari ini.

Majlis pelancaran produk yang meriah tersebut turut diserikan dengan kehadiran dua orang duta vivo sendiri iaitu penyanyi, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan pelakon, Janna Nick sebagai tetamu jemputan istimewa.

V15 Pro hadir dengan rekaan pop-up kamera bersama skrin penuh Super AMOLED sebesar 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Ruang dalaman dikuasakan cip pemproses Snapdragon 675 AIE Octa-core dan ditawarkan dalam satu varian iaitu 6GB RAM + 128GB storan, sokong kad microSD sehingga 256GB.

Untuk rakaman gambar, V15 Pro menggunakan tri-kamera utama menggabungkan sensor 48MP (f/1.8) + 8MP (f/2.2) + 5MP (f/2.4) di samping, kamera swafoto yang boleh dinaik turun (elevating) sebesar 32MP.

Kedua-duanya dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti AI Scene Recognition, AI Body Shaping, AI Super Wide-angle, AI Super Night Mode dan banyak lagi.

Melengkapinya sebuah bateri berkapasiti 3,700mAh melalui port pengecasan micro USB, bersama sokongan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging. V15 Pro beroperasi di bawah Funtouch OS 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, sokongan pengimbas cap jari dalam skrin (In-Display Fingerprint) generasi ke-5 turut ditawarkan.

Model ini hadir dalam dua pilihan warna menarik iaitu Topaz Blue dan Coral Red pada tanda harga RM1,799 untuk seunit.

Sesi pra-tempahan bermula HARI INI hingga 1 Mac dan anda boleh mendapat kotak hadiah eksklusif menerusi jerayawara di tempat terpilih, atau mana-mana kedai konsept vivo, pengedar sah vivo dan rakan kongsi e-dagang.

Jerayawara vivo V15 Pro akan berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac 2019, bertempat di Queensbay Mall, Penang dan Vivacity Megamall, Sarawak.

Lebih menarik, pra-tempahan yang dibuat pada HARI INI juga akan berpeluang menerima Ryze Tello Drone dan kotak hadiah vivo bernilai RM299, termasuk Bluetooth headset, 6 bulan skrin waranti dan mini monopod.

Tambahan lagi, vivo juga akan mengadakan jualan Superday Sale pada 2 Mac 2019 bertempat di Blue Concourse, Sunway Pyramid. Bagi 200 pelanggan awal yang membeli akan mendapat sebuah DJI Spark (berasaskan first come first serve basic), serta kotak hadiah vivo.

Advertisements