ISLAMABAD: Pakistan mendakwa telah menembak jatuh dua pesawat tentera udara India di ruang udaranya di Kashmir dan menahan seorang juruterbang.

Jurucakap tentera , Major Jeneral Asif Ghafoor berkata, salah sebuah pesawat itu jatuh di wilayah yang dikuasai Pakistan manakala sebuah lagi jatuh di kawasan India, lapor BBC.

Semalam, India melancarkan serangan terhadap militan di Pakistan.

Serangan itu merupakan tindak balas yang dilakukan oleh kumpulan militan ke atas tentera India sebelum ini. – Agensi

Advertisements