Hakim Datuk Nurchaya Arshad menetapkan sedemikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman dijatuhkan ke atas tertuduh oleh Mahkamah Sesyen Ranau pada Februari tahun lalu.

Nurchaya mengarahkan remaja lelaki berusia 19 tahun itu menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 31 tahun antara jam 11 malam hingga 12 tengah malam di sebuah restoran di Ranau, 11 Mac 2017.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip, manakala tertuduh diwakili peguam, Goldam Hamid.

Advertisements