Presidennya, Yonsoo Kim berkata, model itu dibangunkan dengan kecerdasan pragmatik dan dihasilkan bagi mereka bentuk kesempurnaan sekali gus membolehkan pengguna menerokai potensi dan pengalaman di dunia tidak seperti sebelum ini.

“Pelancaran ini amat istimewa bagi Samsung kerana ia menandakan 10 tahun untuk kami menawarkan inovasi berupa telefon pintar generasi terkini melalui siri Galaxy S ini,” katanya pada pelancaran model itu bersempena majlis ulang tahun ke 10 siri Galaxy S di sini, hari ini.

Menurutnya, sebuah belon panas yang dilengkapi telefon pintar terbaharu itu bakal dilancarkan pada ketinggian 80,000 kaki dengan peranti itu akan merakamkan gambar ‘bird’s eye’ bumi yang lebih terang dan dinamik daripada mana-mana video yang diambil menggunakan telefon pintar.

Ketika penerbangan Galaxy S10 itu dilakukan, orang ramai boleh menyertai peraduan atas talian untuk meneka di mana peranti itu akan mendarat dengan lokasi tekaan pendaratan paling hampir akan memenangi Galaxy S10 baharu.

“Peraduan yang dikenali ‘Be Unbeaten’ itu berlangsung hingga Isnin ini. Sambutan ini adalah percubaan pertama Samsung dan Malaysia terpilih sebagai pasaran pertama untuk melaksanakan gimik ini.

“Kami akan menjatuhkan 10 unit telefon pintar ini ke bumi di mana 10 peneka paling tepat akan memenangi telefon pintar baharu Galaxy S10,” katanya.

Samsung Galaxy S10 ditawarkan dalam tiga varian iaitu Galaxy S10e dengan storan 128 GB, Galaxy S10 dan S10+ (128GB) dan Galaxy S10+ (512 GB) serta ditawarkan pada harga bermula RM2,699 hingga RM4, 599.

Peranti ini didatangkan dalam warna putih, hitam dan hijau Prism manakala warna putih dan hitam seramik boleh didapati bagi Samsung Galaxy S10+ (512 GB).

Samsung Malaysia Electronics akan menganjurkan siri jelajah Galaxy S10 yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Mac 2019 bertempat di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur; AEON Tebrau City, Johor Bahru dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Pelanggan yang membeli telefon pintar terbaharu Galaxy S10 pada siri jelajah ini layak mendapatkan hadiah eksklusif percuma iaitu Galaxy Buds bernilai RM499 untuk pembelian Galaxy S10e, Galaxy Buds dan Perlindungan Skrin Plus bernilai RM779 (Galaxy S10 dan S10+(128 GB) dan Galaxy Watch Active dan Perlindungan Skrin Plus bernilai RM1,079 (Galaxy S10+ (512 GB).

Advertisements