KUALA LUMPUR: Produk minuman isotonik, 100PLUS menawarkan 100 penyertaan percuma kepada orang ramai untuk menyertai acara maraton terbesar negara, Maraton Kuala Lumpur 2019 yang akan berlangsung pada 29 September ini.

100PLUS yang meraikan penyertaan semula sebagai Rakan Rasmi, akan memberikan penyertaan percuma bagi peserta beraksi dalam meraton terbesar negara selepas penyertaan bagi acara itu sebelum ini sudah habis dipenuhi.

Orang ramai yang berminat untuk memperoleh penyertaan percuma hanya perlu menyertai pertandingan di laman Facebook 100PLUS (https://www.facebook.com/my100plus/) mulai esok sehingga 18 Mac ini.  

“Semua yang terbabit dalam Maraton KL tahun ini pasti teruja dengan kehadiran semula 100PLUS untuk menghidrasikan mereka kali ini. 100PLUS akan menyediakan stesen-stesen minuman sepajang laluan untuk manfaat dan kemudahan 38,000 pelari pada acara itu nanti,” kata Graham Lim, Pengarah Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, 100PLUS yang kali terakhir menaja Maraton Kuala Lumpur pada 2016, memperbaharui kerjasama dengan Maraton KL menerusi perjanjian empat tahun dengan penganjur acara. 

Advertisements