Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Dua kakitangan Invoke Malaysia ditahan memiliki dadah jenis ganja

KUALA LUMPUR: Tiga individu ditahan polis selepas memiliki sejumlah dadah jenis ganja seberat 75 gram di sebuah unit kondominium di sekitar Taman Mutiara, Jinjang di sini hari ini.

Dalam tangkapan pada pukul 12.30 malam itu, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 25 tahun hingga 30 tahun. Masing-masing bekerja sebagai pegawai eksekutif pemasaran, pereka grafik dan bekas pekerja di sebuah firma penyelidikan data, Invoke Malaysia.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, ketiga-tiga suspek kini ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

“Ketiga-tiga mereka telah dibenarkan reman selama enam hari bermula hari ini (semalam) sehingga Jumaat depan untuk siasatan lanjut.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 5 tahun serta dikenakan sebatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: