Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Tiga lagi kes difteria disahkan di Johor

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiga lagi kes difteria di Johor setakat semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes masing-masing melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia empat tahun serta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Katanya, kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Februari lepas dan kesemua mereka yang jangkiti tinggal di rumah yang sama.

“Kesemua kes telah menerima rawatan di hospital dan dalam keadaan stabil. Satu kes telah dibenarkan pulang ke rumah manakala dua lagi kes masih dirawat di hospital,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sebulan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan difteria.

Noor Hisham berkata, lapan orang lagi yang tinggal serumah dengan kes kematian dan tidak bergejala juga diberi rawatan antibiotik sebagai profilaksis (pencegahan).

“Keadaan kesihatan mereka dipantau secara harian oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru selama 14 hari. Tiada kes baharu dilaporkan dan kejadian adalah terkawal.

“Susulan kejadian wabak difteria di Johor ini, KKM ingin menegaskan kepentingan pemberian imunisasi bagi mencegah penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin seperti difteria, demam campak, batuk kokol dan lain-lain,” katanya.

Noor Hisham berkata, penyakit-penyakit itu amat mudah merebak dan kanak-kanak berisiko tinggi untuk dijangkiti dan pemberian vaksin kepada kanak-kanak membantu tubuh mereka membina antibodi yang boleh melawan kuman penyebab penyakit dan memberi perlindungan daripada jangkitan.

“Sekiranya seseorang yang telah menerima vaksin dijangkiti kuman penyebab penyakit tersebut, gejala yang dialami adalah ringan. Namun, seseorang yang tidak divaksinkan pula bukan sahaja mudah dijangkiti, tetapi turut berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi jangkitan yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ dan juga kematian,” katanya.

Beliau seterusnya menyeru ibu bapa agar sentiasa memastikan anak-anak mereka mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM dan bagi kanak-kanak yang telah tercicir suntikan, perkhidmatan imunisasi boleh didapatkan daripada fasiliti kesihatan terdekat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: