Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Hiburan

Zur Eda nafi sakit disihir

KUALA LUMPUR: Penyanyi Zur Eda, atau nama sebenarnya Zuraidah Mokhtar, 54, menafikan dirinya kini sedang sakit akibat disihir rakannya sendiri seperti yang ditulis dalam ruangan pojok sebuah akhbar mingguan.

Zur Eda yang popular dengan lagu Pelitaku itu berkata, dia senyap daripada dunia hiburan kerana sedang memberi fokus terhadap perniagaan kerepek kentang, Kerepek 5 Stars.

“Saya sendiri tidak faham kenapa ada yang mengatakan saya sedang sakit akibat terkena buatan orang.

“Walhal, buat masa ini, saya sedang sihat walafiat dan sibuk mengerjakan perniagaan kerepek yang semakin mendapat permintaan,” katanya.

Bekas peserta program Gegar Vaganza 3 (GV3) itu menambah, dia sedia memaafkan penyebar gosip berkenaan dan berharap perkara sebegini tidak berulang kembali.

“Jika ada penganjur yang mahu saya terlibat dalam program anjuran mereka terbaca berita ini di akhbar, pasti mereka akan percaya saya benar-benar sakit dan mencari pengganti lain.

“Jadi, kalau boleh, janganlah menulis tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Selain jatuh fitnah, cerita-cerita gosip sebegini boleh menutup periuk nasi saya sebagai penyanyi,” katanya lagi.

Terdahulu, Zur Eda pernah dituduh menggunakan sihir sewaktu menyertai GV3.

Bagaimanapun, penyanyi itu menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai satu fitnah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: