Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Luar Negara

Indonesia gantung sementara operasi pesawat Boeing 737 Max 8

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menggantungkan sementara kesemua penerbangan pesawat jenis Boeing 737-8 Max milik syarikat penerbangan negara itu, mulai esok, sehingga pemerksaan dilakukan.

Kementerian Perhubungan Indonesia, dalam satu kenyataan malam ini berkata, ia berikutan kejadian terbaharu pesawat jenis itu, milik Ethiopian Airlines yang terhempas semalam dan mengorbankan 149 penumpang dan anak kapal.

Pesawat jenis sama milik Lion Air terhempas pada 29 Oktober tahun lepas yang mengorbankan 189 penumpang dan anak kapal, sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Menurut kementerian itu, pemeriksaan akan bermula esok dan kesemua pesawat itu tidak dibenarkan melakukan penerbangan sehingga mendapat kelulusan pengawal penerbangan.

Syarikat penerbangan Indonesia yang menggunakan pesawat jenis itu ketika ini ialah PT Garuda Indonesia (sebuah pesawat) dan PT Lion Air sebanyak 10 pesawat. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: