Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Pencemaran bahan kimia: Mangsa meningkat kepada 209 orang

JOHOR BAHRU: Bilangan mangsa pencemaran bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada Khamis lalu kini meningkat kepad 209 orang keseluruhannya setakat pukul 11 malam semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, pertambahan itu merupakan gelombang kedua yang bermula tengah hari semalam dengan majoriti kes melibatkan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih. 

“Sehingga sebelum tengah hari 11 Mac 2019, jumlah keseluruhan pesakit yang terkesan akibat kejadian ini adalah 103 orang di mana kebanyakan pesakit telah dibenarkan pulang dan hanya 25 orang masih dalam pemantuan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru termasuk dua pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Namun begitu, pada tengah hari 11 Mac 2019 didapati insiden gelombang kedua berlaku. Sehingga pukul 11 malam tadi, 29 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut manakala 77 mangsa 
dirujuk ke HSI di mana 35 orang dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Daripada 35 orang tersebut, empat pesakit dimasukkan ke ICU. Dengan 16 pesakit daripada gelombang pertama yang dibenarkan pulang, jumlah terkini pesakit yang masih berada di HSI adalah 44 orang iaitu enam di ICU dan 38 lagi di wad HSI iaitu 11 pesakit dewasa dan 33 pelajar sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr. Salehuddeen berkata, pelaporan kes yang diterima adalah melalui notifikasi dari klinik kesihatan, klinik swasta dan  hospital.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor menasihatkan pihak sekolah dan penduduk tempatan agar mendapatkan rawatan segera sekira ada simptom-simptom seperti sakit kepala, sesak nafas dan muntah-muntah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: