KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet esok akan membuat keputusan sama ada pengisytiharan darurat diperlukan atau tidak susulan pencemaran bahan kimia beracun yang dikesan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata apa juga keputusan terkini berkaitan perintah darurat itu akan diketahui esok.

Katanya, mesyuarat Kabinet akan meneliti dari semua aspek termasuk hal berkaitan keselamatan penduduk dan hospitaliti.

“Itu tidak payah dibincangkan lagi ketika ini sebab ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Advertisements