Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat dan mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

Dalam entri terbaharu di laman sesawang Royal Johor, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah sumbangan itu juga membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa terbabit dalam operasi dapat memperlengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan diperlukan. 

Advertisements