Peruntukan kecemasan RM6.4 juta bersih Sungai Kim Kim

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, berkata kerja pembersihan itu akan dilakukan di sepanjang 1.5 kilometer dari lokasi pencemaran bahan kimia terbabit.

“Kerja pembersihan ini akan dilakukan kontraktor sedia ada di sepanjang 1.5 kilometer dari kawasan pencemaran. Tindakan melantik dua kontraktor baharu juga dilakukan sebagai langkah tambahan mengawal kesan pencemaran bahan kimia yang dilaksanakan sejak 7 Mac lalu dan dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Osman berkata, kerajaan negeri turut mendapatkan bantuan peralatan mengesan sisa kimia daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PETRONAS bagi membuat bacaan secara terus tahap pencemaran di Pasir Gudang.

Selain itu, katanya, peralatan pengesan angin milik Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga turut dibawa ke lokasi pencemaran.

“Berdasarkan pemantauan semasa dilakuan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mendapati penduduk di kawasan perumahan di sekitar Sungai Kim-Kim didapati kurang berisiko berbanding kawasan sekolah yang terbuka.

“Justeru, tiada keperluan memindahkan penduduk berikutan keadaan terkawal. Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan kejadian dan pada masa sama, mengambil langkah pencegahan dengan mengurangkan aktiviti luar serta memakai topeng muka jenis R95 bagi mengelak kesan pencemaran,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s