Brenton Tarrant, 28, dari Australia didakwa di sebuah mahkamah di Christchurch pada Sabtu atas pertuduhan membunuh.

Namun polis berkata pertuduhan lain akan menyusul.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata tiga individu termasuk Tarrant ditahan susulan serangan kejam itu.

Individu keempat yang ditahan pada Jumaat kerana memiliki senajata api dibebaskan memandangkan dia hanya berniat untuk membantu polis.

 

Tarrant melakukan penstriman live serangan di masjid.

Seramai 41 orang maut di Masjid Al Noor dekat Dean Avenue di Christchurch manakala tujuh lagi terkorban di Masjid Linwood dan seorang maut di Hospital Christchurch.

Ardern dalam satu sidang media berkata undang-undang pemilikan senjata api di negara itu akan dipinda susulan serangan tersebut.

Semasa di dalam mahkamah, Tarrant dilihat membuat isyarat OK.

Isyarat itu dikenali sebagai simbolik perkauman kuasa putih.

 

Advertisements