Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Serangan Christchurch: Tarmizi jalani pembedahan buang peluru

ALOR SETAR: Rakyat Malaysia, Mohd. Tarmizi Shuib, 42, yang cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan bagi membuang peluru di bahagian belakang badannya.

Kakak mangsa, Mariani Shuib, 49, berkata, isteri Mohd. Tarmizi, Marina Hamzah, 46, memaklumkan bahawa adik bongsunya itu telah selamat menjalani pembedahan pada pagi ini.

“Alhamdulillah saya lega apabila mendapat tahu adik saya dalam keadaan stabil dan kami sekeluarga mendoakan dia cepat sembuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Hutan Kampung di sini hari ini.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya, anak kedua Mohd. Tarmizi, Mohd. Haziq, 17, yang hilang sejurus insiden itu masih belum ditemui.

“Haziq belum ditemui dan saya memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan anak saudara saya itu,” ujarnya yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menurut Mariani, dia dan sepupunya, Nordina Ahmad Fauzi, 30, akan berlepas ke New Zealand dalam masa terdekat ini dengan tiket penerbangan dibiayai oleh kerajaan negeri Kedah dan Pusat Khidmat Parlimen Pokok Sena.

“Saya sedang menguruskan tiket penerbangan dan merancang untuk pergi ke sana secepat mungkin,” ujarnya.

Tambahnya, dia sukar untuk menerima kejadian yang berlaku terhadap adik bongsunya itu kerana mereka sangat rapat.

Seorang lagi kakak mangsa, Zarina, 53, meminta orang ramai tidak menyebarkan berita kononnya Mohd. Tarmizi telah meninggal dunia di Facebook.

“Kami sekeluarga dalam keadaan susah hati dan bersedih, jadi saya berharap tiada lagi penyebaran cerita palsu bahawa Tarmizi telah meninggal dunia,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: