Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Guna platform betul salur maklumat kes Muhammad Adib

IPOH: Mana-mana petugas perubatan perlu menggunakan saluran yang betul dan tidak menyebarkan sebarang maklumat menerusi media sosial berkaitan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, ini kerana sebarang maklumat berkaitan kes Muhammad Adib akan digunakan sebagai bahan bukti dalam prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

“Apabila mereka (petugas perubatan) menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan maklumat, ia akan menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak benar seterusnya akan menganggu siasatan kes tersebut.

“Gunakan platform yang betul dengan tampil sebagai saksi pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib supaya maklumat yang diperolehi itu boleh dikenal pasti sama ada mempunyai kesahihan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-Royong Mega Hapuskan Denggi Di Taman Rapat Setia Baru di sini hari ini.

Boon Chye berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan seorang jururawat yang tular di media sosial kononnya pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi membuat kenyataan tidak tepat pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib yang dijalankan di Mahkamah Koroner. 
 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: