Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Gaya Hidup

Teva lancar koleksi musim bunga 2019 sempena GC100

Kuala Lumpur: Jenama sandal terkenal, Teva memperkenalkan koleksi kasut musim bunga 2019 dengan memberi penghormatan kepada tempat kelahiran jenama berkenaan iaitu Grand Canyon.

Koleksi yang dikenali sebagai ‘GC100’ itu merupakan sempena ulang tahun Taman Negara Grand Canyon yang diasaskan 100 tahun lalu dan Prestige Sports Sdn. Bhd. juga merupakan pengedar tunggal Teva di Malaysia.

Menurut Pengurus Besarnya, Norita Mohd. Noor, pihaknya teruja menyokong pelancaran kempen ‘Born in the Canyon’ sempena meraikan pencapaian penting Taman Negara Grand Canyon dan komitmen Teva untuk memelihara khazanah semula jadi.

“Pegangan teras Teva adalah untuk memberikan sumbangan positif kepada dunia. Warna, tekstur dan pemandangan indah Grand Canyon menjadi inspirasi untuk sandal GC100.

“Kami teruja untuk membawa koleksi ini kepada para peminat aktiviti kembara lasak dan penggemar fesyen di Malaysia,” katanya ketika pelancaran koleksi musim bunga Teva 2019 sempena GC100 di pusat beli-belah Sunway Velocity Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Produk dan Jenama, Amirul Syafiq Azidin memberitahu, koleksi khas GC100 itu meliputi lima model baharu yang mempunyai ciri-ciri Grand Canyon iaitu Original Universal, Original Sandal, Hurricane XLT2, Hurricane Sock dan Hurricane XLT2 Alp.

“Berbeza dengan model-model sandal Teva yang lain, koleksi khas ini didatangkan dengan tali berwarna dengan corak khas yang menggambarkan ciri-ciri taman negara itu sendiri termasuklah sungai, ngarai dan sebagainya yang tidak terdapat pada model sandal lain,” katanya.

Tambahnya, kesemua model bagi koleksi GC100 itu dijual pada harga antara RM229 hingga RM679 bagi dewasa selain antara RM199 hingga RM269 bagi saiz remaja dan kanak-kanak.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: