Filem HELLBOY diarahkan oleh Neil Marshall dan dibintangi oleh David Harbour, Milla Jovovich, Ian McShane, Sasha Lane, Daniel Dae Kim dan ramai lagi. Seperti yang kita sedia maklum, Hellboy adalah antara nama syaitan yang berasal dari Neraka yang digelar oleh tentera Nazi dan dibesarkan oleh ayahnya yang merupakan seorang manusia, Profesor Trevor Bruttenholm.

Jika anda masih ingat, dalam filem Hellboy sebelum ini, watak Hellboy dilakonkan oleh Ron Perlman tapi untuk filem terbaharu ini karakter Hellboy dilakonkan oleh David Harobour. Nama David Harbour semakin melonjak naik dengan penampilan cemerlang semasa membawakan watak Jim Hopper dalam drama yang disiarkan di Netflix berjudul STRANGER THINGS (2016).

Dalam filem ini, Milla Jovovich membawa watak antagonis iaitu Blood Queen. Peranan Milla Jovovich cukup kuat dan dinantikan oleh peminat gara-gara karakter ini begitu besar dan digambarkan beliau seorang ahli sihir yang takkan mati.

Filem Hellboy versi reboot ini akan lebih memaparkan kesan gelap seperti yang pernah dipaparkan dalam komik. Sesuai dengan komik Blood Queen, kesan seram dan aksi serta watak Hellboy akan lebih menonjol.

Jadi peminat komik Hellboy sudah tentu teruja untuk menonton filem ini kerana ia tak ubah seperti cerita dalam komik.

Filem ini diangkat dari novel grafik Mike Mignola dengan judul yang sama. Ia berkisarkan tentang Hellboy yang perlu mempersiapkan diri bagi menentang ahli sihir purba yang mahu membalas dendam dan menghancurkan dunia.

Filem ini sudah berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 11 April 2019. Jom ke TGV sekarang menonton Hellboy yang pasti membuatkan anda tidak akan tidur dalam pawagam.

Advertisements