Tajuk filem ini sememangnya tak asing bagi gamers, dan ia menjadi daya tarikan untuk pengarah Kimo Stamboel bagi mengadaptasinya dari game buatan yang cukup terkenal.

Filem ini menceritakan tentang sekelompok remaja bernama Jessica (Marsha Aruan), Beni (Muhammad Riza Irsyadillah), Dian (Susan Sameh), Alex (Ciccio Manassero), Erik (Jefri Nichol) dan Linda (Caitlin Halderman). Seperti remaja pada umumnya yang sentiasa melekat dengan gajet dan media sosial, lalu mereka merancang untuk buat siaran langsung atau live di sebuah rumah apartmen yang tidak berpenghuni. Tujuannya tentu saja untuk meraih populariti di sosial media dan mengamit ramai pengunjung.

Bermodal nekad dalam hati masing-masing, mereka pun pergi ke apartmen kosong tersebut hingga akhirnya keenam remaja ini tiba di sebuah ruangan yang telah dihalang oleh polis untuk masuk. Tiada seorang pun tahu kenapa ada ada ruangan tersebut ditutup, namun secara tiba-tiba mereka menemukan sesuatu yang diperbuat dari kulit binatang di situ. Haaa, apakah kisah selanjut, anda kena tonton filem ni sampai habis.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 18 April 2019.

Advertisements