Kuala Lumpur: Korea Ginseng Corporation (KGC) bekerjasama dengan chef selebriti antarabangsa, Anis Nabilah untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui resipi masakan mudah berasaskan dari produk Red Ginseng CheongKwanJang Korea.

Semasa majlis itu, media telah didedahkan dengan penerangan mengenai pelbagai manfaat kesihatan dan cara penggunaan Korea Red Ginseng oleh Lee Di Von dari VHealth Traditional Chinese Medicine.

Dalam pada itu, Chef terkemuka, Anis Nabilah turut menjalankan bengkel dan demonstrasi masakan bagi mempamerkan cara yang menggunakan Korea Red Ginseng ke dalam hidangan tempatan dan juga pencuci mulut.

Pengurus Jabatan Jualan Global KGC, Ji-Hwan Kim berkata syarikat itu sentiasa meneroka kaedah kreatif untuk memupuk tabiat pemakanan dan gaya hidup yang sihat dengan produk Red Ginseng CheongKwanJang Korea.

Kim berkata, bulan puasa yang akan datang (Ramadan), acara itu akan memberi inspirasi kepada umat Islam untuk mengamalkan gabungan diet harian yang seimbang, berkhasiat dan kekal sihat serta bertenaga.

Red Ginseng Korea, salah satu herba yang paling berharga di alam semulajadi, telah menjadi tambahan kesihatan global yang semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana keberkesanannya yang luar biasa dalam meningkatkan pemulihan tubuh, menurunkan tahap glukosa darah dan mengawal tekanan darah.

Ginseng dipercayai dalam penjagaan tubuh badan dan mencatat sejarah menyumbang kepada kesihatan rakyat di seluruh dunia. KGC telah melabur lebih kurang lebih US $ 1.76 juta setiap tahun untuk penyelidikan dan pembangunan (US $ 1 = RM4.13).

 

Mengenai Korea Ginseng Corporation  Korea Ginseng Corporation pada awalnya diasaskan sebagai Sam-Jeong-Gwa (jabatan pengurusan Ginseng) di  dalam istana diraja Empayar Daehan Korea pada tahun 1899. Nama jenama khasnya, CheongKwanJang, telah  wujud sejak awal tahun 1940-an apabila syarikat ini mula menggunakan label CheongKwanJang (yang  bermaksud produk yang diiktiraf asli oleh pihak kerajaan) untuk membezakan produknya yang asli  berbandingkan ginseng merah yang dihasilkan oleh pihak swasta dan produk tiruan tanpa jaminan  keberkesanan yang membanjiri pasaran. Sejak itu, Korea Ginseng Corporation meneruskan legasi nama  jenama Cheong-Kwan-Jang sehingga kini. Untuk maklumat lanjut tentang Korea Ginseng Corporation dan  CheongKwanJang
Untuk maklumat lanjut layari laman web: http://globalkgc.com/

Advertisements