SalamWeb melancarkan SalamToday – portal gaya hidup baru untuk komuniti digital Islam.

SalamToday memperkasakan komuniti untuk menikmati gaya hidup yang lebih positif dan sentiasa arif tentang peristiwa menarik bersesuaian dengan gaya hidup mereka.

Sebagai portal gaya hidup yang pertama dilancarkan oleh SalamWeb ianya boleh diakses di mana jua, SalamToday menepati citarasa masyarakat Islam global, menampilkan campuran kandungan redaksi bertenaga, diterajui oleh pasukan penulis-penulis yang berpengalaman.

Gerbang maklumat yang menyasarkan masyarakat Islam Malaysia ini menerbitkan kandungan berbahasa Melayu, manakala bahagian antarabangsanya pula memuatkan rencana di dalam Bahasa Inggeris.

Portal SalamToday merangkumi enam kategori utama:
1- Selera (Savour) – Melayan citarasa foodies membawa kupasan dan cadangan hidangan Halal
terbaik di dalam dan di luar Malaysia
2- Stail (Style) – Memastikan para Fashionista sentiasa berbekal gaya terkini
3- Singgah (Sights) – Mengajak para penjelajah meneroka cadangan kembara dan penginapan yang mesra-Islam
4- Seni (Senses) – Penggiat dan peminat seni dipersembahkan maklumat terkini budaya dan kesenian semasa
5- Suka (Seek) – Sentiasa kemaskini mengenai aktiviti dan hobi sihat di sekeliling kita
6- Sahsiah (Soul) – Membawa motivasi serta bimbingan rohani dalam usaha memperbaiki diri

Edisi digital julung kali SalamToday turut menampilkan pelakon dan penyanyi terkemuka tanah air, Ziana Zain sebagai inspirasi laman utamanya. Beliau gigih memupuk kerjaya sehingga menjadi penggiat seni yang dinobatkan, sentiasa tampil dengan gaya yang ikonik dan bersesuaian dalam segala aktiviti.

Oleh itu, Ziana Zain terpilih menjadi sumber inspirasi dan contoh menyerlah bagaimana seorang wanita Islam moden mampu tabah mengharungi kehidupan dalam mengejar kejayaan.

Shah Shamshiri, Pengurus Kanan Produk, SalamWeb, berkata di pelancaran tersebut, “Kami mempergandakan usaha positif yang dimulakan oleh SalamWeb dan membina ke arah visi pengalaman dalam talian yang lebih baik untuk para pengguna.

Kami menampilkan gabungan maklumat terkini dengan trend sosial serba produktif berpandukan imbangan tuntutan rohani dengan kepentingan komuniti.

Pengguna kami diperkasakan dengan maklumat gaya hidup yang boleh diyakini, mereka serba arif dengan pengetahuan mengenai hal ehwal semasa, berita serta perkembangan terkini.

Mereka turut menikmati platform mesra untuk berkongsi pandangan rohani dengan pengguna lain yang sependapat.

SalamToday kini menampilkan kandungan Bahasa Melayu sementara bahagian antarabangsanya memuatkan rencana yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris.

Kami berharap dapat memperluaskan kandungan kami menggunakan bahasa tempatan kepada negara-negara majoriti Islam seperti Indonesia dan sebagainya.”

SalamToday merupakan mercu peristiwa SalamWeb, kerana ia menawarkan para pengguna sebuah ekosistem digital padat dengan kandungan yang diyakini lagi peka terhadap etika.

Ketika menghuraikan misi dan visi SalamWeb, Hasni Zarina Khan, Pengarah Urusan syarikat tersebut berkata, “Melalui SalamToday, kami bermatlamat memaklumkan, mencetus inspirasi serta memperkasakan komuniti pengguna dengan gaya hidup yang lebih positif dengan membawa perkembangan berita dan hal-ehwal semasa yang bersesuaian dengan mereka.

Sebagai portal gaya hidup pertama oleh SalamWeb, SalamToday mampu diakses di mana jua. SalamToday memperkasakan usaha untuk membina Ummah digital, menyediakan teknologi digital yang mendahulukan nilai komuniti pengguna kami, membantu mereka menapis unsur-unsur negatif dan menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara yang paling penting kepada mereka.

Majlis pelancaran SalamToday dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air termasuk Ziana Zain, dan pengacara serba sensasi, Alif Satar. Majlis tersebut turut menampilkan persembahan oleh Noryn Aziz, Siti Sarah serta mempamerkan rekaan fesyen santun terkini oleh pereka fesyen Malaysia Anuar Faizal sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dilancarkan di Malaysia, SalamToday boleh diakses dari mana jua, ia terbuka kepada pengguna pelbagai komuniti melalui semua platform digital dan turut tersedia di dalam pelayar sesawang SalamWeb. Muat turun hari ini dari http://www.salamweb.com.

Mengenai SalamWeb

SalamWeb adalah perkhidmatan suit Internet berlandaskan Islam – SalamWeb Browser, SalamChat, SalamNews dan SalamSadaqah yang dilancarkan pada Januari 2019.

Ia menyediakan akses pengalaman dalam talian yang diyakini dan positif serta menitikberatkan kepentingan komuniti pengguna melalui sekatan terhadap kandungan merbahaya dan peningkatan privasi semasa melayari maklumat.

SalamWeb Browser diiktiraf oleh Kumpulan Amanie dan Lembaga Penyeliaan Syariah Antarabangsa, selaras dengan Mi’yar Ekonomi Digital Islamik, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Advertisements