KUALA LUMPUR – Agenda Sepadu Sdn Bhd menganjurkan jualan karnival Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 16 Mei hingga 4 Jun 2019 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Karnival yang bertujuan mengumpulkan usahawan tempatan khususnya golongan usahawan wanita berniaga bersama disamping menyediakan ruang perniagaan yang selesa dan inklusif.

Melalui cara ini, usahawan bukan sahaja boleh meniaga dalam keadaan yang selesa, malah mengembangkan perniagaan dengan memfokuskan pelanggan yang berada berhampiran dengan tapak bazar, selain menarik perhatian pelanggan baharu.

Pengarah Program Bazaar Raya 2019, Shawn Zain berkata, objektif bazaar raya itu adalah mahu memberi ruang kepada usahawan muda dalam talian dan yang meniaga di kawasan terbuka yang belum pernah menjual di kawasan tertutup menggunakan ‘booth’.

“Objektif program ini adalah untuk mengumpulkan usahawan tempatan meniaga dan mencari rezeki di bawah satu bumbung di samping menyediakan ruang perniagaan yang selesa dan inklusif.

Pihak penganjur juga menganggarkan untuk menarik seramai 500 ribu pengunjung serta menjangkakan sebanyak 80% peniaga yang terlibat dalam perniagaan pakaian raya akan menyertai Bazaar Raya 2019, termasuk rakan niaga daripada Indonesia dan Thailand.

Menurut Ketua Pegawai Komunikasinya, Syed Gaddafi, Bazaar Raya 2019 merupakan inisiatif penganjur untuk membantu peniaga di Jalan TAR mencari lokasi baru untuk meniaga di bulan Ramadhan.

Selain itu, penganjur juga merancang untuk mengadakan beberapa acara sampingan seperti persembahan artis tempatan pada hujung minggu, cabutan bertuah, jualan harga runtuh pada waktu-waktu tertentu, acara pentas bersama selebriti dan penaja serta lain-lain yang masih dalam peringkat perbincangan.

Dalam pada itu, penganjur turut memngumumkan potongan kadar sewaan ruang niaga dari RM15,000 kepada RM8,000 sahaja untuk 50 usahawan terawal yang membuat tempahan. Tempahan bermula untuk tempoh 24 jam bermula selepas sidang media ini. 

Selain promosi ini, Nuc Car Malaysia turut membuat promosi kadar tambang rendah bagi pengunjung yang ingin ke PWTC tanpa perlu penat memandu. 

Bagi yang berminat, boleh melayari laman sosial Bazaar raya KL 2019. 

Advertisements