Bangi- Menjelang bulan ramadan dan syawal yang bakal menjelma, para usahawan mahupun pereka fesyen mula bergiat memasarkan koleksi baharu bagi memastikan kepuasan pelanggan disamping mengikuti arus fesyen yang semakin berkembang.

Tidak ketinggalan, butik Aisy Asyraf yang diusahakan oleh Imam Muda Asyraf turut memperkenalkan koleksi kurta dan kameja batik yang sememangya sangat cantik dan memenuhi citarasa pelanggan.

Menggunakan kemasan batik jawa, kurta dan kameja ini juga turut diperbuat dari fabrik kapas (cotton) yang mudah menyerap peluh dan tidak panas pasti membuatkan si pemakai lebih selesa. 

Untuk kurta Aisy Asyraf, mempunyai lebih 30 reka corak dan kesemuanya menerapkan elemen jawa moden sesuai untuk si pemakai belia mahupun lelaki warga emas. Kemasan lis baju di bahagian pergelangan tangan dan leher juga membuatkan jahitan tampak lebih kemas dan tegap apabila dipakai.

Menurut Eksekutif Jualan, Cik Atikah, pihak butik juga bakal mengeluarkan koleksi anak dan bapa bagi mereka yang ingin kelihatan sedondon di hari raya nanti. Bukan sahaja boleh dipakai ketika hari raya, malah kurta ini juga sesuai digayakan untuk majlis-majlis, pakaian formal dan santai serta sesuai juga dipakai ketika sembahyang terawih.

Selain itu, pelangan yang berminat dengan kameja bolehlah mendapatkan koleksi kameja Pak Maun. Seunik namanya, kameja ini juga turut menerapkan elemen batik jawa yang lebih moden dan santai. Berfabrikkan kain kapas (cotton) juga, ianya mempunyai lebih 30 reka corak dan akan ditambah lebih banyak lagi bagi memberi kepuasan memilih kepada pelanggan.

Bagi kameja, turutan saiz akan ditambah sehingga 7XL bagi memberi ruang kepada pelanggan berbadan besar untuk turut bergaya. Butik Aisy Asyraf juga turut bekerjasama bersama selebriti, Angah Rajalawak sebagai ikon plussize.

 

Untuk promosi terkini, butik Aisy Asyraf menawarkan potongan RM10 bagi koleksi kurta Aisy Asyraf dan kameja Pak Maun  sehingga hari raya nanti. Setiap pembelian kurta, akan menerima butang baju percuma yang pastinya melengkapkan penggayaan kurta tersebut.

Bagi anda yang tercari-cari kurta terbaik, apa kata singgah ke butik Ais Asyraf yang terletak di Bangi Sentral, Shah Alam dan Plaza Angsana, Johor Bharu untuk mendapatkan kurta dan kameja yang pastinya membuatkan penampilan anda persis jejaka melayu tampan. 

Advertisements