Pejam celik pejam celik,  kita semakin hampir dengan bulan ramadhan tahun ini.  Apabila tiba ramadhan,  pastinya ramai antara kita sudah mula memikirkan juadah dan busana yang bakal digayakan syawal nanti.

Nak membeli belah untuk persiapan hari raya? Tak payah bersesak-sesak menempuh jem ke ibu kota, kami beri kemudahan untuk anda senang saja…Oleh itu Rabbani Resources yang dimiliki oleh Ustaz Azadan Rabbani dan En. Khairul Faisal buat julung kali nya menganjurkan Festival Ramadhan 2019.

 

Foto : Ustaz Azadan Rabbani

 

Bermula 1 mei 2019 ini hingga 1 jun 2019 Star Avenue Subang Bistari kembali bergema dengan kunjungan orang ramai dengan adanya Festival Ramadan anjuran Rabbani Resources, rakan penaja dan dengan kerjasama pihak Star Avenue Mall.

Pelbagai aktiviti menarik bakal dijalankan sepanjang program antaranya Gerai Jualan pelbagai produk persiapan hari raya seperti baju raya, hiasan wanita, perabut, barang kemas, produk kecantikan, barang elektronik, gajet, kuih raya, makanan kesihatan dan banyak lagi.

Pelbagai pilihan untuk seisi keluarga yang boleh didapati di festival ini.

Lebih menarik lagi Festival Ramadan @star avenue Subang Bistari menyajikan aktiviti yang bersesuaian dibulan yang mulia ini antaranya, Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim, Solat Terawih berjemaah, Moreh, Tadarus Al Quran, Bubur Lambuk dan Kuanter Zakat Fitrah.

 

 

Kemeriahan Festival Ramadan @star Avenue Subang Bestari pasti mengemparkan dengan adanya penampilan istimewa daripada artis artis Popular sepanjang zaman seperti Dato Nasir Wahab, Rohana Jalil,Siti Fairuz,  Zaiton Samion, Farhan Af, Isma Af, Rabbani, Hijjaz, Inteam, Raihan, Putra Fawazz.

Peluang terbaik untuk pengunjung dan peminat artis kesayangan anda untuk membeli dan mendapatkan produk berjenama dengan harga istimewa seperti Baju melayu, Kurta, jubbah, tudung dan kuih raya di sepanjang Festival Ramadan @star Anvnue Subang Bistari. Selain itu,  para pengunjung bakal bertemu artis kesayangan mereka.

Hadiah istimewa untuk pengunjung bertuah yang membeli belah di Festival Ramadan @star Avenue Subang Bistari akan mendapat ampau dan hamper raya. Cabutan bertuah akan diadakan pada setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Bagi rakan niaga yang ingin mendapatkan makluman detail berkaitan booth dan sebagainya bolehlah berhubung dengan wakil kami di talian 01161329179 atau 01132621042 atau layari Facebook dan Ig “Festival Ramadan”.