PETALING JAYA – McDonald’s Malaysia melancarkan dua tawaran menu baharuuntuk para pelanggannya yang inginkan hidangan lazat dan mengenyangkan sepanjang bulanRamadan ini. Sepanjang bulan Ramadan ini, pelanggan-pelanggan McDonald’s boleh memilih dua tawaran menu eksklusif iaitu Nasi McD baharu dan Chicken Foldover  yang kini boleh didapati di semua restoranMcDonald’s.

Bagi penggemar hidangan nasi, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan sos kari baharu untuk dinikmati bersama Nasi McD dan Ayam Goreng McD. Nasi McD boleh didapati dengan pilihan 1 ketulatau 2 ketul Ayam Goreng McD. Set ini dihidangkan bersama coleslaw dan Iced Lemon Tea bersaizmedium, untuk hidangan lengkap berbuka puasa.

Tawaran menu baharu ini juga membawakan kembali Chicken Foldover yang menjadi kegemaranramai – dengan dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna, ditambah dengan daunsalad dan tomato segar, serta sos istimewa baharu, yang dibalut dengan roti nipis. Dihidangkanbersama McDonald’s French Fries yang terkenal dan Iced Lemon Tea, hidangan lengkap ini pastinya mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang inginkan pengalaman citarasa baharu.

“Ramadan merupakan bulan paling mulia buat penganut agama Islam, dan ia juga merupakan saatdimana semua rakyat Malaysia meraikan cinta kita kepada makanan. Walaupun terdapat banyaktawaran menu lain yang McDonald’s sediakan sepanjang tahun, bulan Ramadan amat sesuai buat kami untuk menawarkan pengalaman rasa yang berbeza dan menarik,” kata Melati Abdul Hai, NaibPresiden/Ketua Pegawai Pemasaran.

Selain Nasi McD dan Chicken Foldover, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai jenis hidanganpencuci mulut citarasa tempatan. Selain D24 Durian McFlurry yang digemari ramai, McDonald’s jugaakan membawakan semula Banana Pie yang sesuai diambil semasa berbuka puasa, dengan intipisang yang aromatik, di dalam pastri rangup McDonald’s yang terkenal. Buat pelanggan yangsentiasa on the go, atau mereka yang ingin melengkapkan hidangan dengan sesuatu yang manis dan menyegarkan, McDonald’s juga menawarkan Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena terbaharu daripada McCafe.

Bagi hidangan sahur pula, mulai 6 Mei, hidangan menu biasa (Regular Menu) terpilih McDonald’s boleh didapati sehingga jam 6 pagi bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang berpuasa. Ini termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets yang pastinya memberi kepuasan bersahur di McDonald’s. Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD, coleslaw dan Iced Lemon Tea boleh didapati dengan harga RM13.95, manakala set dengan 2 ketul Ayam Goreng McD pula berharga RM16.95.

Hidangan Chicken Foldover pula boleh didapati dengan harga RM16.95, dan dihidangkan lengkap bersama French Fries dan Iced Lemon Tea bersaiz medium. Tawaran menu Ramadan McDonald’s Malaysia kini sudah boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara, sehingga 5 Jun 2019. Apa yang lebih menarik, McDonald’s juga akan melancarkan promosi “30-Days of Ramadan” secara eksklusif menerusi McDonald’s App.

Tawaran kupon diskaun istimewa ‘30-days, 30-deals’ ini akan dimaklumkan di McDonald’s App setiap hari. Bagi menikmati diskaun hebat ini, pelanggan hanya perlu memuat turun McDonald’s App menerusi Google Play atau Apple App Store. Sebagai aktiviti tahunan, semua 270 restoran McDonald’s di Malaysia akan menganjurkan moreh mingguan di masjid-masjid.  Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama komuniti setempat.

Harapan McDonald’s sempena bulan Ramadan yang mulia ini adalah untuk memastikan mereka yang kurang bernasib baik tidak akan dilupakan. Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.

“Sepanjang 37 tahun di Malaysia, bulan Ramadan sememangnya bulan yang terbaik buat kami. Oleh yang sedemikian, ia merupakan perkara biasa bagi McDonald’s untuk memainkan peranannya dalam masyarakat dengan melaksanakan pelbagai inisiatif yang mampu mengeratkan lagi hubungansesama anggota masyarakat,” tambah Melati.

Advertisements