PETALING JAYA- Alat memasak jenama terkemuka Tefal, komited untuk menggunakan teknologi pengetahuannya bagi mewujudkan product terbaru di pasaran yang dapat meningkatkan gaya hidup anda. Pagi ini, Tefal melancarkan satu siri produk inovatif melalui acara Tefal Home of Innovation di 1 Utama Shopping Centre.
Tefal memperkenalkan alat memasak terbaru dan perinci, terdiri daripada periuk & kuali dengan salutan Titanium dan pelbagai keluli yang tahan karat, nasi periuk bersifat Sfera Induction Heating, Optigrill Electric Grill, Ultrablend Boost Vacuum High Speed Blender dan Pro Express Ultimate Steam Generator Iron.
“Kami sangat bangga untuk memperkenalkan produk-produk baru ini yang dapat menyediakan masakan dengan lebih sihat dan mempromosi gaya hidup yang lebih berkualiti. Sebagai contoh, pelbagai alat memasak unggul kami direka bentuk dengan teknologi Thermo-Spot yang membolehkan masakan disediakan dengan penggunaan
minyak yang kurang, tetapi juga memberikan tekstur dan rasa terbaik dalam makanan.
Periuk nasi pelbagai kategori dapat mengkurangkan sehingga 20 peratus karbohidrat dalam nasi melalui program masakan nasi secara sihat manakala dengan Ultrablend Boost High Speed Blender, terdapat lebih banyak nutrien daripada teknologi Nutrikeep. Saya yakin produk-produk ini akan mengubah cara orang makan, dan akan memberikan gaya hidup yang lebih sihat, “kata Mr Sebastien Alegre, Naib Presiden (Pasaran), Tefal Asia Pacific.
Produk baru Tefal
1. Siri alat memasak
Periuk & Kuali bersalutan Titanium
Produk titanum Titanum merangkumi kuali goreng, kuali pan, pancake pan, grill pan, periuk rebus dan kuali cetek dengan penutup kaca mempamerkan kecemerlangan dalam alat memasak dan cara memasak. Produk ini mempunyai lapisan titanium eksklusif untuk periuk dan kuali yang tahan lebih lama, dan serasi dengan semua jenis hob. Dengan bahan keras dan luaran yang mudah dibersih, ia amat sesuai untuk kegunaan harian. Satu ciri unik
produk terbaru ini adalah Thermo-Spot (teknologi berpaten Tefal ) yang menunjukkan suhu yang tepat untuk memulakan masakan supaya setiap hidangan di atas meja adalah sihat. 
Produk yang ditawarkan :
i) Expertise
ii) Elegance
iii) Everest
iv)Pure Chef Plus
Perunding diet Indra Balaratnam dan ahli pemakanan Hannah Wong juga turut hadir di pameran untuk memberi para pengunjung pandangan tentang kehidupan yang sihat dan cara terbaik untuk menyediakan makanan dengan mudah menggunakan peralatan rumah masakan Tefal yang inovatif.
“Tefal Malaysia gembira untuk melihat sendiri bahawa jenama kami telah mengalami pertumbuhan dua digit setiap tahun. Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih daripada 1,400 hak paten berdaftar, kami komited untuk mencipta produk baru yang boleh membantu dan memudahkan kehidupan seharian pengguna dan menjadikan kehidupan domestik lebih memuaskan. Kami akan melancarkan lebih banyak inovasi baru dalam beberapa bulan yang akan datang,” kata Jimmy Ang, Pengarah Pemasaran Groupe SEB Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Tefal, sila layari http://www.tefal.com.my
 
Advertisements