Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Gaya Hidup

Kempen Raya Shopee tawar promosi hebat

KUALA LUMPUR- Platform e-dagang terkemuka, Shopee melancarkan kempen ‘Raya Dengan Shopee’ bermula hari ini sehingga 6 Jun depan. 


Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Marianne Chuo berkata, sepanjang tempoh kempen berkenaan, pengguna dapat menikmati pelbagai tawaran hebat dan diskaun sehingga 80 peratus daripada 600 jenama di Shopee Mall dan lebih 450,000 penjual di platform berkenaan. 


Katanya, selain barangan kelengkapan bagi persiapan raya, buat pertama kalinya Shopee turut menawarkan rumah kediaman serta motosikal dan kereta.


“Pelanggan kini boleh membuat tempaham bagi rumah kediaman pilihan yang ditawarkan S P Setia dengan yuran tempahan RM688. 


“Selain itu, mereka juga boleh membeli pelbagai jenis kereta dan motosikal di Shopee AutoMall dan menerima tawaran eksklusif termasuk yuran tempahan serendah RM1 dan pelbagai faedah menarik yang lain,” katanya pada majlis pelancaran kempen ‘Raya Dengan Shopee’ di sini hari ini. 

“Para pelanggan akan menikmati pelbagai tawaran menarik daripada segmen 200 peratus pulangan tunai setiap hari, Shocking Sale, Goyang Shopee, Shopee Live dan kuis Shopee.

“Kami yakin kesemua ganjaran ini akan memberi lebih keriangan sepanjang bulan Ramadan sekali gus dalam menjimatkan kos dalam urusan membeli segala persiapan raya di Shopee,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran Raya bersama Shopee di Bangsar di sini hari ini.

Marianne memberitahu, anda kini boleh beraya dengan baju raya jenama selebriti sepeti  Fouziah Ghius, Ifa Raziah, Fynn Jamal, Irma Hasmie dan Nana Mahazan yang boleh didapati di kedai rasmi di Shopee Celebrity Squad.

“Kami juga menawarkan diskaun berbuka puasa pada bulan Ramadan ini seperti iftar di Coffee Bean & Tea Leaf, Kenny Rogers serta bufet Ramadan di beberapa buah hotel terkemuka.

“Justeru, kami harap kesemua ganjaran menarik ini mampu memberikan keseronokan berganda sepanjang Ramadan terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri nanti,” katanya.

Dalam pada itu, buat julung-julung kalinya, orang ramai kini boleh membeli kediaman oleh SP Setia di Shopee bermula hari ini dengan rebat 25 peratus  dan baucer bernilai RM3,800.

Selain itu, bermula hari ini juga, mereka yang ingin membeli kenderaan seperti jenama Honda,Toyota, BMW, Ford dan Hyundai, anda kini boleh menempahnya menerusi aplikasi Shopee.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: